INSIGHT CHARITY PROJECT
(IN-PRO 2012): CAMBODIA
Sebuah projek Operasi
Khidmat Masyarakat (OPKIM) antarabangsa
ANJURAN SOCIETY OF PHARMACY
STUDENTS (SOPHYS) dan FAKULTI FARMASI, UiTM KAMPUS PUNCAK ALAM
“We CARE,
we LOVE, let us shine the HOPE, and brighten the FUTURE”
Assalamualaikum para pembaca sekalian...
Untuk entri kali ni..saya nak perkenalkan apa sebenarnya In-Pro yg menjadi nama kepada blog ini.
Sebelum tu saya perkenalkan saya sendiri, nama diberi Muhammad Nor Adzry bin Sa'pie merupakan pengendali blog ini. Seorang anak muda berasal dari Kedah dan masih dalam pengajian Farmasi dan sekarang sedang menuntut di UiTM Puncak Alam, Kuala Selangor. Saya merupakan salah seorang daripada sahabat2 yg turut menjayakan program kali ini. Kepada pencinta bahasa ampun maaf dipinta andai dan sememangnya bahasa saya tidaklah seberapa enak dan dicampur adukkan bahasanya, bukan apa tetapi satu-satunya bertujuan untuk memudahkan kalam bicara agar mudah difahami lagi dekat di hati. Maaf sekali lagi.
JOM balik kepada topik asal td. Jadi.. apakah In-Pro?Program
IN-PRO 2012 adalah sebuah program yang berasaskan khidmat kebajikan yang disasarkan
kepada penduduk Kampung Croimenteri di Siem Reap, Cambodia. Kampung Croimenteri
merupakan sebuah kampung yang mempunyai penduduk Islam yang ramai. Kampung
ini mempunyai sebuah masjid dan sebuah bangunan yang menempatkan 2 unit bilik
yang dikhaskan kepada penduduk setempat untuk digunakan sebagai kelas pengajaran.
Pengajaran Bahasa Inggeris diberikan kepada kanak – kanak dan remaja secara
percuma tanpa mengira agama oleh sukarelawan setempat.
Begitulah secara ringkas pengenalan kepada program kami ini. Selepas ini saya akan lampirkan serba sedikit latar belakang bumi di sana dan beberapa objektif yang hendak digapai dan banyak lg. Akhir kata dari saya..teruskanlah mengikuti perkembangan kami di in-pro.blogspot.
“Jika mereka sibuk mencari cinta, biarlah kita sibuk mencari
iman.. Islam itu kan indah”