17 Ogos 2012

Misi kemanusiaan ke Kemboja

Assalamualaikum w.b.t, nama diberi Muhamad Azmeer b.Ahmad Shahruddin. Pelajar tahun ke-3 di dalam bidang Farmasi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Puncak Alam dan di dalam Insight Charity Program ini saya memegang jawatan sebagai naib setiausaha.

Seperti yang sedia maklum kami merupakan mahasiswa di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang Farmasi di bawah jawatankuasa Society of Pharmacy Student Assiociation (SOPHYS) fakulti Farmasi UiTM kampus Puncak Alam akan menganjurkan misi kemanusiaan ke Kemboja pada hujung bulan Oktober akan datang.

Secara jujurnya tujuan program ini di wujudkan atas perbincangan dan persetujuan dari kami sesama pelajar iaitu seramai 17 orang ke semuanya dan boleh saya katakan mahasiswa menjadi nadi penggerak dalam merealisasikan secara kesuluruhannya dari awal pokok perbincangan sehinggalah pada peringkat akhir pelaksanaan dan pemberian sumbangan di Kemboja nanti. InsyaAllah.

Mengapa Kemboja dan tidak di dalam negara sendiri sahaja bukankah itu lebih baik? mungkin ada dalam kalangan saudara dan saudari bakal mengutarakan persoalaan seperti yang telah saya kemukankan tadi bukan? Atas kapasiti sebagai seorang yang berkerakyatan Malaysia sudah tentu saya akan mengutamakan negara sendiri berbanding negara-negara luar namun kalau soal kenegaraan yang menjadi pokok perbincangan di sini saya rasa tidak wajar. adakah kita sebagai rakyat Malaysia hanya boleh menolong rakyat Malaysia sahaja?  atas sebab itu kami mengambil keputusan untuk memilih negara Kemboja sebagai lokasi misi kemanusiaan kami dan sasaran kami adalah komuniti melayu-islam yang menetap di sana.

Jika dibandingkan taraf hidup masyarakat melayu-islam di Kemboja dan di Malaysia umpama langit dengan bumi. kehidupan mereka sangat daif, anak-anak di sana tidak mempunyai sistem pendidikan yang teratur sepertimana yang terdapat di dalam negara kita untuk membolehkan mereka belajar dan seterusnya layak mendapat pekerjaan. anak-anak melayu-islam Kemboja di sana tidak terbela dalam soal pendidikan. akhirnya tidak berpeluang melanjutkan pelajaran di peringkat universiti dan juga tidak berpeluang mendapat pekerjaan yang mampu meningkatkan taraf sosial mereka ke tahap yang lebih baik seterusnya membebaskan mereka daripada terus dibelenggu kemiskinan.

Sebagai pelajar yang bakal menceburi di dalam salah satu bidang perubatan saya melihat fasiliti ataupun kemudahan kesihatan yang disediakan di sana bukanlah pada tahap yang memuaskan dengan masalah kemiskinan yang di alami oleh komuniti melayu-islam di Kemboja ini membuatkan mereka tidak mampu mendapatkan khidmat kesihatan yang lebih baik ditambah pula dengan masalah perhubungan dan jarak yang agak sukar untuk mendapatkan bekalan ubat-ubatan di pekan kecil yang berhampiran. bagi saya penjagaan kesihatan itu sangat penting. sumber asas seperti kemudahan air bersih dan terawat sukar diperoleh. kebarangkalian untuk mereka menggunakan air tercemara sebagai minuman harian mereka sangat tinggi. air yang tercemar mampu mendatangkan penyakit seperti taun, cirit-birit dan lain-lain.

Apa yang saya dan rakan-rakan seperjuangan saya harapkan adalah sumbangan ikhlas dari mereka yang sudi membantu seikhlas yang mampu. seperkara yang perlu saudara dan saudari tahu kami tidak dibekalkan dengan bajet yang mencukupi kerana ini adalah program yang melibatkan mahasiswa dan fakulti kami hanya meluluskan program ini. kami juga sedang giat mencari tajaan mana-mana badan korporat, badan amal, orang perseorangan dan sesiapa jua yang sudi menghulurkan bantuan kemanusiaan di sana. atas nama persaudaraan Islam kami mengharapkan ada respon positif dari kalian untuk membela nasib komuniti melayu-islam di Kemboja sana dan akan kami guna peluang sebaik mungkin untuk melaksanakan segala tanggungjawab yang telah di amanahkan kepada kami supaya ada insan yang tidak senasib dengan kita mendapat pembelaan.



salam Aidilfitri 1433 Hijrah dari saya. sekian


Tiada ulasan: