Assalamualaikum dan selamat membuat persiapan menjelang Aidilfitri. Semoga kita terus beristiqamah dalam mengerjakan amal ibadah yang dilaksanakan sepanjang madrasah Ramadhan walaupun Ramadhan sudah tidak bersama kita lagi selepas ini dan sama-samalah kita berdoa agar kita dipanjangkan usia agar dipertemukan dengan Ramadhan 1434H berikutnya.
Seperti yang
dijanjikan, entri kali menampilkan selok-belok bumi di sebelah sana. Selamat
membaca.
Kemboja
merupakan sebuah negara yang terletak di Asia Tenggara. Negara anggota ASEAN
ini terletak bersebelahan negara Thailand di sebelah timur dan Vietnam di
sebelah barat. Dengan mempunyai bilangan penduduk seramai kira – kira 15 juta,
Kemboja merupakan negara yang ke-68 terpadat di dunia. Sebanyak 80% daripada
keseluruhan penduduk Kemboja tinggal di luar bandar [1]. Ketidakstabilan negara
yang berlanjutan sehingga tahun 1999 akibat regim Pol Pot, pendudukan Vietnam
dan perang saudara telah banyak menjejaskan ekonomi dan taraf kehidupan
penduduknya. Didapati seramai 28% daripada penduduk Kemboja tinggal di bawah garisan
kemiskinan iaitu kurang daripada USD 1.25 (RM 4.00) sehari [2].
Kesihatan
Kemiskinan secara
tidak langsung telah menjejaskan tahap kesihatan penduduk Kemboja. 36% kanak –
kanak Kemboja mempunyai berat di bawah tahap normal. Pada tahun 2000, kadar
kematian kanak – kanak di bawah 5 tahun didapati mencapai 105 kematian bagi
setiap 1000 kelahiran. Angka tersebut menurun kepada kira – kira 60 kematian
pada tahun 2010, namun masih tinggi jika dibandingkan dengan negara – negara
seperti Malaysia (5 setiap 1000) dan Singapura (2.5 setiap 1000) [3]. Jangkitan
HIV juga menular di negara tersebut. Kira – kira 60 000 – 100 000 penduduk
menghidapi jangkitan HIV [4]. Masalah kesihatan utama yang lain termasuk
jangkitan tuberkulosis yang menjangkiti kira – kira 60 000 penduduk pada 2010
[5]. 25 – 50% penduduk Kemboja juga terdedah kepada jangkitan malaria
disebabkan kedudukannya sebagai negara tropika [6]. Didapati penggunaan kelambu
dan racun nyamuk dapat mengurangkan penularan jangkitan tersebut. Di Kemboja,
nisbah doktor kepada penduduk juga adalah rendah, iaitu seramai 0.227 doktor
bagi setiap 1000 penduduk, menambah kesukaran penduduk mendapatkan perkhidmatan
berkenaan kesihatan [7].
Pendidikan
Secara umumnya
pendidikan di kalangan penduduk luar bandar Kemboja adalah di tahap yang
rendah. Dianggarkan lebih kurang 30% rakyat Cambodia tidak dapat membaca dan
menulis [7]. Lebih kurang 50% di kalangan penduduk negara tersebut tidak
menamatkan pendidikan rendah [8]. Secara kasar, tahap literasi dijangkakan
lebih rendah di kalangan masyarakat Muslim Kemboja disebabkan taraf kehidupan
yang lebih rendah.
Masyarakat Islam di
Cambodia
Komuniti Islam di
Kemboja dikenali sebagai orang Champa telah lama bertapak di Kemboja.
Pergolakan, perang saudara, penjajahan dan ketidakstabilan politik menyebabkan
ramai daripada mereka menjadi pelarian. Sekitar tahun 1975 jumlah penduduk
beragama Islam di Kemboja ialah sekitar 150,000 ke 200,000. Kini masyarakat
Islam Kemboja kembali berkembang. Jumlah mereka meningkat kepada 500, 000
daripada keseluruhan kira-kira 15 juta penduduk Kemboja. Majoriti daripada
masyarakat Islam di negara itu adalah etnik Melayu Champa. Selain menggunakan
bahasa Khmer yang merupakan bahasa kebangsaan, pertuturan harian mereka turut
menggunakan bahasa Melayu Champa. Disebabkan mereka adalah golongan minoriti,
ditambah pula dengan persekitaran politik di Kemboja yang kurang stabil,
kehidupan masyarakat Islam di negara itu agak sukar. Majoriti masyarakat Islam
di Kemboja hanya bekerja sebagai nelayan dan petani dan menjalani kehidupan
yang daif.
Masyarakat Islam di
Kemboja menghadapi situasi mundur dalam bidang pendidikan terutama bidang
pengajian Islam disebabkan oleh faktor kemiskinan dan tidak mendapat bantuan
kerajaan. Selain itu, kemudahan pendidikan dan tenaga pengajar yang terhad
menyebabkan ramai pelajar terpaksa menamatkan pengajian lebih awal. Walaupun
begitu, majoriti penduduk Islam di sana sentiasa mencari peluang bagi
mendapatkan bantuan khususnya untuk pendidikan demi masa depan anak bangsa
mereka.
Bahasa Kemboja adalah
Khmer, yang diwarisi turun temurun dari generasi sebelumnya dan maju dalam
bidang pendidikan. Juga, bahasa Khmer turut oleh dipengaruhi oleh
cara percakapan dan bertulis Thailand serta beberapa bahasa teknikal yang
dipinjam dari Perancis. Walau bagaimanapun, bahasa Inggeris biasanya digunakan
di hotel-hotel dan dalam urusan berkaitan perniagaan.
Manakala Inggeris dan
Perancis adalah bahasa kedua popular dan yang ketiganya ialah bahasa Cina.
Senyumlah =)
Sekian.. terima kasih kerana sudi membaca.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan