18 Ogos 2012

Objektif Insight-Charity Project


           

   i.            Mengadakan program khidmat masyarakat di peringkat antarabangsa melalui program – program berikut:
a.       Mengadakan kelas pengajaran Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, dan Iqra’ secara percuma kepada penduduk setempat
b.      Mengadakan ibadah Qurban dan pengagihan daging kepada penduduk kampung
c.       Bergotong – royong untuk persiapan Aidiladha bersama penduduk kampung
d.      Bergotong-royong mengecat kelas
                             


  ii.            Memberi kesedaran mengenai kesihatan kepada penduduk setempat:
a.       Mengadakan kempen “Membasuh Tangan” dan “Memberus Gigi”
b.      Kesedaran mengenai penyakit malaria
c.       Mengagihkan kelambu/jaring nyamuk
                            

  iii.            Mempelajari dan melakukan pemerhatian terhadap budaya masyarakat Cambodia:
a.       Lawatan ringkas ke tempat – tempat bersejarah dapat memberi pandangan meluas kepada peserta mengenai Cambodia.
b.      Pergaulan bersama orang kampung setempat melalui program keluarga angkat dapat menggalakkan interaksi dan pemindahan ilmu setempat.
                       

      iv.            Memberi peluang kepada mahasiswa untuk menimba pengalaman baru, memantapkan aspek kepimpinan serta pengalaman komunikasi di peringkat antarabangsa.
                             

  v.            Menanam sikap prihatin dan kesedaran sivil kepada mahasiswa terhadap kesusahan masyarakat yang kurang bernasib baik.



Tiada ulasan: