10 Oktober 2012

Denyut Kasih Kemboja






Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt

Ayuh kita teliti buah bicara seorang ulama kita….


“Kita semua Melayu, Cina, India, orang Amerika, orang putih, orang Asli dan lain-lain adalah adik-beradik. Kita datang daripada keturunan yang satu, iaitu ayah kita bernama Adam dan emak kita bernama Hawa. Soal berapa pupu kita ini, biarlah. Jika tuan-tuan kata nenek moyang kita bukan Adam dan Hawa, cuba beritahu saya. Jika tiada jawapan, terima dulu kenyataan ini”-TGNA



يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُواْ رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيراً وَنِسَاء وَاتَّقُواْ اللّهَ الَّذِي تَسَاءلُونَ بِهِ وَالأَرْحَامَ إِنَّ اللّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيباً


Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. ( an- Nisa’ : ayat 1 )


Jika disandarkan kepada kata-kata TGNA kepada surah an-Nisa’ seperti dalam petikan di atas, dapatlah kita ertikan bahawa Allah mengajak umat Islam supaya bersatu dan terus menghormati saudara-maranya walaupun daripada kaum bangsa yang berbeza keturunannya.  Kita semua berasal daripada keturunan yang satu iaitu manusia ciptaan Allah yang pertama Adam serta teman kesunyiannya di syurga yakni, Hawa dan baka asal kejadian kita adalah daripada tanah. Bermula daripada merekalah Allah mengembang biakkan zuriat manusia yang ramai di muka bumi ini. Jadi bertaburannya manusia yang pelbagai daripada pelbagai lapisan kelompok adalah pada hakikatnya bermula daripada kewujudan seorang manusia.


Merentasi horizon masa yang beraneka warna, manusia bergerak bertebaran ke seantero dunia menjangkau faktor geografi, iklim, suasana tempat hingga melahirkan pelbagai bangsa, rupa, warna kulit, budaya, bahasa dan agama.

Semua itu menimbulkan tanda-tanda kekuasaan Allah sebagaimana kalamNya :


وَمِنْ آيَاتِهِ خَلْقُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافُ أَلْسِنَتِكُمْ وَأَلْوَانِكُمْ إِنَّ

فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّلْعَالِمِينَ
  


Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan. ( ar- Rum : ayat 22 )


Di sinilah Islam menyedarkan kita bahawa kita diikatkan dengan tali persaudaraan. Allah sendiri yang mengikat hati-hati manusia daripada keturunan yang satu walaupun mereka berada beribu- ribu jauhnya antara satu sama lain serta berbeza hidup zaman-berzaman.

Menurut sebahagian daripada ayat 1 surah an-Nisa’ yang dipaparkan tadi, dapatlah kita fahami bahawa Islam bersifat global iaitu a’alamiyah. Islam bukan hanya tertumpu pada kelompok muslim sahaja tetapi Islam mempunyai hubungan yang lebih jauh daripada itu. Sebab itulah Islam bersifat universal dan merangkumi hubungan umat Islam sesama Islam dan hubungan Islam dengan bukan Islam. Jika Islam tidak bersifat a’alamiyah, sudah pasti dakwah Islam tidak akan berkembang ke serata pelusuk alam. Ini dapat dibuktikan bahawa dalam permulaan dakwah Islam, Rasulullah SAW mengajak orang bukan Islam mengenal dan mengesakan Allah. Lantaran itu, Islam adalah agama persaudaraan sejagat. Baginda berpegang teguh kepada konsep ini dan ini bermakna dunia Islam telah membekalkan nikmat besar kepada umatnya di mana Islam telah diterjemahkan sebagai bahasa perpaduan, agama yang menjanjikan perpaduan, agama yang menjanjikan keamanan, dan persaudaraan.  Atas dasar inilah Islam mengatur hubungan mesra antara sesama manusia di peringkat, antara negara dan antarabangsa.


Allah SWT menjadikan manusia yang pelbagai agama, jantina dan warna kulit, bangsa, rupa dan keturunan bukanlah suatu agenda yang sia-sia tetapi dalah untuk mengajak manusia supaya saling mengenali serta berkasih sayang sesama manusia dalam konteks hubungan kemanusiaan. Ini termaktub dalam kalam Allah yang cantik itu melalui surah al-Hujurat ayat 13.







-sumber: Telaga Budi


Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

Moga-moha sedikit sebanyak perkongsian kali ini diharap dapat menambahkan ilmu kita bersama. Ilmu itu milik Allah dan menjadi amanah kepada kita untuk mempelajari dan menyebarkannnya.


Sedikit coretan MIISI KE KEMBOJA ( In-Pro 2012 )….


Alhamdulillah  dengan perkongsian kali ini juga diharap dapat menjawab serba sedikit soalan kepada yang bertanya walapun tidaklah sepenuhnya.

Antaranya ialah…

“ Mengapa perlu kemboja ?..dsb” tidak kurang ada yang mencetuskan pendapat dengan mengatakan “ ana rasa kat Malaysia ni pun..ramai lagi yang masih memerlukan bantuan..tak perlu la nak p sampai ke luar Malaysia”


Bukankah kita umat yang satu? Umat Muhammad. Ya umat Muhammad. Jadi di manakah kita? Selagi ia berupa ibadah, ayuh kita gerakkan amanah tulang empat kerat dan keseluruhan tubuh anggota kita yang bakal dipersoalkan di akhirat kelak dalam menuju redha Allah SWT.


TInggal 13 hari sebelum kami bertolak ke sana. Pelbagai perasaan datang menerpa. Naluri diulit rasa nervous. Maklumlah ana belum pernah menaiki flight sebelum ini. =) Alhamdulillah persiapan kami setakat ini boleh la dikatakan hampir mencapai 90 percent. Sumbangan yang kami terima bertali arus amatlah dihargai.  Semoga bersama-samalah kita berdoa supaya segala gerak usaha kita yang digerakkan bersama ini berjaya mendapat redha Allah SWT.


Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan: