"Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah maha kaya lagi Maha Terpuji."
(Surah al-Baqarah : 267)
Ayuh rakan dan taulan, marilah sama-sama kita menginfakkan sebahagian daripada harta di atas jalan Allah.
Poster di atas menerangkan serba sedikit perjalanan serta program atau aktiviti-aktiviti yang bakal kami laksanakan di sana. InsyaAllah. Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di talian 013 4751 431( adzry)
