14 Ogos 2012

Beginilah lukisan bumi di sana

Menyingkap sejenak keadaan kehidupan masyarakat muslim di Kemboja memang menggamit kepiluan dan merungkai simpati setiap muslim yang punya rasa prihatin terhadap saudara seislam mereka di sana. Melihat anak-anak Muslim Melayu Champa ini memang sedih. Kehidupan masyarakat Muslim Melayu Champa di  sana memang menggamit simpati. Bagi anak-anak di sana, usah diusai perihal menuntut ilmu di sekolah kerana untuk ibu bapa membelikan sebatang pensil dan sebuah buku tulis sudah cukup terbeban bagi mereka kerana ada yang lebih penting untuk dibelanjakan demi kelangsungan hidup. Usah bicara pasal white board, LCD, flip chart. Itu jauh panggang daripada api.



Menelusuri kembara ini, misi kami adalah untuk mendekati dan melihat sendiri dengan mata kami sendiri akan sebuah lukisan kemanusiaan yang telah tercorak di bumi sana. Secebis ingatan, sedarlah kita sebagai Muslim kita adalah umat yang satu. Begitu jualah apabila dicubit paha kiri, paha kanan akan terasa jua. Anak-anak ini tidak pernah kenal erti tadika dan sekolah. Pemerintah mereka tidak peduli dengan golongan minoriti Muslim di bumi Kemboja. Kita prihatin atas kesedaran kerana di atas kesenangan yang selama ini kita kecapi, maka sewajarnya kita yang berkemampuan ini berusahalah melihat orang lain yang kurang bernasib baik kerana kaya atau miskin semunaya adalah rezeki daripada Allah untuk menguju hamba-hambanNya antara mereka siapakah yg bertaqwa. Walluhu'alam.

Kita infakkan kembali untuk keredhaan Allah