Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt
Ayuh kita
teliti buah bicara seorang ulama kita….
“Kita semua Melayu,
Cina, India, orang Amerika, orang putih, orang Asli dan lain-lain adalah
adik-beradik. Kita datang daripada keturunan yang satu, iaitu ayah kita bernama
Adam dan emak kita bernama Hawa. Soal berapa pupu kita ini, biarlah. Jika
tuan-tuan kata nenek moyang kita bukan Adam dan Hawa, cuba beritahu saya. Jika
tiada jawapan, terima dulu kenyataan ini”-TGNA
يَا
أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُواْ رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ
وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيراً وَنِسَاء
وَاتَّقُواْ اللّهَ الَّذِي تَسَاءلُونَ بِهِ وَالأَرْحَامَ إِنَّ اللّهَ كَانَ
عَلَيْكُمْ رَقِيباً
Wahai
sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu
(bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu
pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat
keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang
kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan
(silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati
(mengawas) kamu. ( an- Nisa’ : ayat 1 )
Jika
disandarkan kepada kata-kata TGNA kepada surah an-Nisa’ seperti dalam petikan
di atas, dapatlah kita ertikan bahawa Allah mengajak umat Islam supaya bersatu
dan terus menghormati saudara-maranya walaupun daripada kaum bangsa yang
berbeza keturunannya. Kita semua berasal daripada keturunan yang satu
iaitu manusia ciptaan Allah yang pertama Adam serta teman kesunyiannya di
syurga yakni, Hawa dan baka asal kejadian kita adalah daripada tanah. Bermula
daripada merekalah Allah mengembang biakkan zuriat manusia yang ramai di muka
bumi ini. Jadi bertaburannya manusia yang pelbagai daripada pelbagai lapisan
kelompok adalah pada hakikatnya bermula daripada kewujudan seorang manusia.
Merentasi
horizon masa yang beraneka warna, manusia bergerak bertebaran ke seantero dunia
menjangkau faktor geografi, iklim, suasana tempat hingga melahirkan pelbagai
bangsa, rupa, warna kulit, budaya, bahasa dan agama.
Semua
itu menimbulkan tanda-tanda kekuasaan Allah sebagaimana kalamNya :
وَمِنْ آيَاتِهِ خَلْقُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
وَاخْتِلَافُ أَلْسِنَتِكُمْ وَأَلْوَانِكُمْ إِنَّ
فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ
لِّلْعَالِمِينَ
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya
dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu
dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi
keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan. (
ar- Rum : ayat 22 )
Di
sinilah Islam menyedarkan kita bahawa kita diikatkan dengan tali persaudaraan.
Allah sendiri yang mengikat hati-hati manusia daripada keturunan yang satu
walaupun mereka berada beribu- ribu jauhnya antara satu sama lain serta berbeza
hidup zaman-berzaman.
Menurut
sebahagian daripada ayat 1 surah an-Nisa’ yang dipaparkan tadi, dapatlah kita
fahami bahawa Islam bersifat global iaitu a’alamiyah. Islam bukan hanya
tertumpu pada kelompok muslim sahaja tetapi Islam mempunyai hubungan yang lebih
jauh daripada itu. Sebab itulah Islam bersifat universal dan merangkumi
hubungan umat Islam sesama Islam dan hubungan Islam dengan bukan Islam. Jika
Islam tidak bersifat a’alamiyah, sudah pasti dakwah Islam tidak akan berkembang
ke serata pelusuk alam. Ini dapat dibuktikan bahawa dalam permulaan dakwah
Islam, Rasulullah SAW mengajak orang bukan Islam mengenal dan mengesakan Allah.
Lantaran itu, Islam adalah agama persaudaraan sejagat. Baginda berpegang teguh
kepada konsep ini dan ini bermakna dunia Islam telah membekalkan nikmat besar
kepada umatnya di mana Islam telah diterjemahkan sebagai bahasa perpaduan,
agama yang menjanjikan perpaduan, agama yang menjanjikan keamanan, dan
persaudaraan. Atas dasar inilah Islam mengatur hubungan mesra antara
sesama manusia di peringkat, antara negara dan antarabangsa.
Allah
SWT menjadikan manusia yang pelbagai agama, jantina dan warna kulit, bangsa,
rupa dan keturunan bukanlah suatu agenda yang sia-sia tetapi dalah untuk
mengajak manusia supaya saling mengenali serta berkasih sayang sesama manusia
dalam konteks hubungan kemanusiaan. Ini termaktub dalam kalam Allah yang cantik
itu melalui surah al-Hujurat ayat 13.
-sumber:
Telaga Budi
Subhanallah.
Alhamdulillah. Allahuakbar.
Moga-moha sedikit
sebanyak perkongsian kali ini diharap dapat menambahkan ilmu kita bersama. Ilmu
itu milik Allah dan menjadi amanah kepada kita untuk mempelajari dan
menyebarkannnya.
Sedikit
coretan MIISI KE KEMBOJA ( In-Pro 2012 )….
Alhamdulillah
dengan perkongsian kali ini juga diharap dapat menjawab serba sedikit
soalan kepada yang bertanya walapun tidaklah sepenuhnya.
Antaranya
ialah…
“
Mengapa perlu kemboja ?..dsb” tidak kurang ada yang mencetuskan pendapat dengan
mengatakan “ ana rasa kat Malaysia ni pun..ramai lagi yang masih memerlukan
bantuan..tak perlu la nak p sampai ke luar Malaysia”
Bukankah
kita umat yang satu? Umat Muhammad. Ya umat Muhammad. Jadi di manakah kita?
Selagi ia berupa ibadah, ayuh kita gerakkan amanah tulang empat kerat dan
keseluruhan tubuh anggota kita yang bakal dipersoalkan di akhirat kelak dalam
menuju redha Allah SWT.
TInggal
13 hari sebelum kami bertolak ke sana. Pelbagai perasaan datang menerpa. Naluri
diulit rasa nervous. Maklumlah ana belum pernah menaiki flight sebelum ini. =)
Alhamdulillah persiapan kami setakat ini boleh la dikatakan hampir mencapai 90
percent. Sumbangan yang kami terima bertali arus amatlah dihargai. Semoga
bersama-samalah kita berdoa supaya segala gerak usaha kita yang digerakkan
bersama ini berjaya mendapat redha Allah SWT.
Sekian,
terima kasih.